Sabtu, 02 Januari 2010

Jangan jadi macam Samdol


Suka hati aku je letak nama Samdol. Ada ke orang nama Samdol? Harap-harap takde. Kalau ada yang bernama Samdol sedang baca, harap anda bersabar.Haha.Takde kaitan. Okay.


Ceritanya begini. Eh, sebenarnye tak ada cerita pun, cuma nak bagi kata-kata hikmah.


Ada suatu hari, seorang perempuan itu memakai bedak dan eyeliner (bedak dan eyeliner je pun) ke kelas. Untuk Samdol-Samdol sekalian (Samdol tu barangkali panggilan untuk lelaki dalam entry ini), sesunggunya wanita sungguh benci akan Samdol yang bercakap kuat ala-ala jarak dari Mydin ke Mydin yang satu lagi (sungguh sakit hati kan bila awak tak tau berapa jarak Mydin tersebut)


Back to the story, wanita sungguh tidak menyukai lelaki yang tiba-tiba cakap kuat bagi semua orang di kawasan itu dengar apa yang dia cakap. Dan, lagi menjengkelkan apabila lelaki itu cakap 'Wei, pakai make up doh' kepada perempuan itu.


Ep, kau kenapa Samdol nak cakap kuat-kuat. Salah ke perempuan itu nak pakai cantik-cantik kerana wanita yang suka cantik adalah mereka yang menghargai diri mereka.Betul tak awak? Sekali 'awak' yang baca adalah lelaki atau pun Samdol. Gurau aje =)


Moral of the story, biar la kalau perempuan itu nak pakai make up pun. Bukannya dia tempek bedak segantang pun yang mengganggu penglihatan kan. Kesian perempuan tersebut. Jangan lah jadi seperti Samdol itu ya.


Terima Kasih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar