Selasa, 19 Januari 2010

Inginkan kulit cantik, berseri, halus dan mulus??








Kulit cantik halus mulus memang idaman dan dambaan setiap insan kan, tak kira la wanita atau lelaki. 
 Gamaknye kalau kucing pun boleh berfikir, pasti mereka pun mahukan kulit yang berseri tanpa kurap di wajah mereka

Ya, I sedang merepek, macam biasa lah intro kalau tak merepek tak boleh (^_^)






Jadi, bagaimana untuk mendapatkan wajah secantik Katie Holmes atau Anne Hathaway yang bagaikan sempurna bak bidadari di atas jalanan. Sungguh dasyat dan sungguh berkeinginan untuk menjadi secantik bidadari, *walaupun tak pernah tahu bidadari rupanya macam mana, tapi masa kecil-kecil dulu emak selalu cakap kalau masuk syurga dapat kawan dengan bidadari syurga yang sungguh cantik* 





Okay, jangan berlengah lagi. Mari I kongsi bersama bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik secara semula jadi tanpa perlu melakukan pembedahan atau Botox.








Mari








Kisahnya begini. Pada suatu hari, kakak saya telah memperkenalkan adik saya sebotol cuka buah. Ya, awak telah membacanya dengan betul. Cuka. Cuka itu apa? Cuka itu vinegar. Muahahaha. I tengah ajar you English, baik tak? (^_^)










Okay, just kidding. Jangan marah. Sebelum memperkenalkan kepada adik saya cuka tersebut, kakak saya telah mencubanya sendiri selama sebulan, dan hasilnya cukup memberangsangkan sehingga mendapat pujian dari emak saya. Saya tak puji sangat disebabkan jealous sebab along tak introduce awal-awal cuka tersebut. Muahahah.Merajuk tak kena tempat. 

 





Jeng Jeng Jeng. Inilah cuka yang dimaksudkan



















 








Cuka ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan. Rasulullah sendiri pun telah menggunakan cuka sebagai makanan tambahan, termasuk lah minyak zaitun (olive oil). Kajian terperinci mengenai cuka akan dibincangkan kemudian, maka harap bersabar dan terus membaca. 












Berbalik kepada kejadian di mana kakak I telah dipuji oleh emak, maka tanpa sabar, I terus bertanya akan khasiat dan penggunaan cuka tersebut.
Caranya begini ya.










Untuk mengecilkan liang-liang roma @ pores di bahagian muka, especially di bahagian pipi di mana jerawat sering tumbuh, awak disyorkan untuk menggunakan cuka sebagai toner. Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan mencampurkan 50% cuka + 50% water dan sapu campuran tersebut ke atas wajah you dengan menggunakan kapas. And, since vinegar is acidic, please mix the ingredients dengan menggunakan pinggan atak mangkuk kaca, bukan mangkuk ayun yer. 





Ulang langkah di atas sehingga nampak perbezaannya. Perbezaan akan terhasil apabila you mendapat pujian dari emak, kawan-kawan atau insan tersayang. Jadi jangan malas sampai dapat pujian. Sebenarnya you akan lihat kulit you makin halus around two weeks to a month, depending on your skin problem. I dah guna for almost a month now and my pores dah semakin kecil. Bukan lagi sebesar lesung batu. Yeay. Eh silap, alhamdulillah. 





Selain untuk wajah, you boleh guna juga cuka di bahagian kepala, iaitu rambut. Kalau you ada kelemumur, gatal-gatal sampai rasa nak cabut rambut sampai botak, you boleh gunakan cuka di bahagian rambut. I selalunya akan mix vinegar tu lebih sikit untuk bahagian muka dan rambut. So what I do is, I campur 1 sudu besar cuka + 1 sudu besar air and sapu pada muka. Selebihnya I letak kat rambut and leave it overnight. Maksudnya, I selalu amalkan benda ni sebelum tidur. Ceh, amalkan konon padahal selalu je malas nak letak. (^_^) Tapi you jangan malas macam I. Janji jangan malas tau. 










Tunggu!! Ada lagi khasiat vinegar ni. You boleh jadikan sebagai minuman kesihatan.It can give you extra energy selain dari buatkan you makin berseri-seri. Tapi I akan kongsi rahsia itu kemudian setelah you amalkan yang untuk muka dulu okay? Penat la taip panjang-panjang and I tau you pun penat nak baca panjang-panjang kan? 
































So, inilah hasilnya setelah menggunakan cuka. 






























Wajah sebelum menggunakan cuka






























Wajah selepas menggunakan cuka























































Sunggu hebat bukan hasilnya? Sila cuba untuk hasil yang lebih indah (^_^)












Owh, I asyik lupa je. Kat mana nak beli kan? Beli kat Giant tau, jangan beli kat Tesco sebab Tesco takde jual brand yang disyorkan itu. I syorkan you beli brand BRAGGS seperti botol di atas because its pure, tidak ditapis. Kalau brand lain, contohnya Heinz sudah ditapis dan tak berapa best dah. You boleh beli kat bahagian kicap dan sos di Giant. Harga botol kecil lebih kurang RM 11 kot. Kalau nak cuba, beli botol kecil dulu, jangan tamak. 














Bila sapu tu, jangan terus sapu kat muka, takut you ni tergolong dalam kulit sensitif. Sapu dulu kat leher. Biar sekejap and see if there is any changes, contohnya merah ke rashes ke ape. Kalau tak ada dan rasa selamat, sila tempek pada wajah. Kalau I pakai, kadang-kadang rasa pedih sikit, so I akan lebihkan air. 










Okay la, dari tadi okay, okay, dah penat taip panjang-panjang. Jumpa lagi!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar