Senin, 17 Mei 2010

Cara-cara untuk membina keyakinan diri..Part 1




" Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah.
Koreksi satu persatu kesalahan kita..
Jangan nafikan realiti..
Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, 
maka akui hakikat itu..
Ingat, kita perlu memaafkan diri kita
kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri "




Tak jemu rasanya baca that quotation over and over again, simple yet full of meanings. Kadang-kadang kita ni kalau buat salah akan blame diri sendiri sampai rasa lemah..betul tak? Tapi pernah tak kita terfikir yang kalau kita tak memaafkan diri kita sendiri setelah melakukan kesalahan, macam mana kita nak percaya pada diri kita lagi? Kalau kita tak percaya, mesti orang lain pun tak percaya pada kita..kan?







Keyakinan diri sangat berkait rapat dengan harga diri. Orang yang mempunya harga diri yang tinggi akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi jugak...sebab ape? Sebabnye orang yang mempunyai harga diri hormat pada diri sendiri, dan bila orang tu hormat pada diri sendiri, beliau akan dihormati oleh orang lain juga..and sebaliknya. Contohnya kes buang baby yang makin menjadi-jadi sekarang..sebab ape manusia sekarang sanggup buang baby tu dalam hutan, tong sampah and so on? Sebab manusia itu sendiri tak hormat pada diri dia..so they can't expect other people to value them they way they want. Its as simple as that. The formula is kalau kita nak orang di sekeliling hargai kita, kita kena, harus, wajib hargai diri sendiri dulu..




So, bagaimana cara-cara nak hargai diri sendiri? Kena bagi bunga kat diri sendiri ke baru rasa dihargai? Ke kena gi shopping kasut dan baju banyak-banyak sampai habis duit gaji baru rasa diri dihargai? Setengah orang kalau kusut masai therapy dia nak kembali normal ialah dengan shopping sampai puas. Nak ukur puas tu macam mana pulak? Adoi, pening betul kalau nak satisfy diri sendiri dengan cara-cara macam tu.



I was reading this one majalah 'Solusi', isu no. 17. Bagus sangat majalah ni sebab it deals with our faith as a Muslim, macam a 3 in 1 magazine yang membincangkan topik-topik semasa and at the same time mengupasnya dari segi ilmu agama yang dapat mendidik hati agar sentiasa mengingatiNya.
Jadi hari ni I nak share with you cara untuk membina keyakinan diri, for those yang rasa kurang yakin atau yang sudah yakin tapi nak bertambah-tambah yakin..








1. Membina keyakinan diri dengan Allah s.w.t


  • Bergantung hanya pada Allah dalam keadaan susah atau senang. Cuba untuk tidak bergantung kepada manusia, contohnya merayu-rayu supaya orang lain bagi bantuan kalau ada masalah sebab kalau kita meletakkan pertolongan itu kepada manusia, maka Allah akan membiarkan manusia itu yang menolong kita. Tapi kalau kita meminta pertolongan dari Allah, maka Allah akan membuka jalan keluar dari cara yang tidak disangka-sangka, samada dengan mengerakkan hati hamba yang lain untuk membantu kita atau dengan cara lain yang kita tak pernak terfikir pun. Bila kita percaya pada pertolongan Allah, maka Allah akan meningkatkan tahap keyakinan kita sebab kita punya foundation of faith dah kukuh which is hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan segala masalah atau apa sahaja yang berlaku.
 
 
  • Jaga solat 5 waktu. Ya, ini kalau buat survey sekarang mesti ramai yang jawab susah nak jaga solat ni..especially subuh kan? Kalau subuh tu ya Allah, liat gile nak bangun..saya pun sama la jugak..tapi sebab ape kita disuruh untuk menjaga solat 5 waktu ni? Sebab orang yang menjaga solat akan terasa sentiasa dijaga Allah. Bila kita jaga solat, Allah sayang kita. Bila Allah sayang kita, Allah akan perintahkan malaikat dan manusia untuk sayang pada kita..untuk jaga kita..insyaAllah..
 
 
 
  • Sentiasa berdoa dan bertaubat atas salah silap kita, besar atau kecil, sengaja atau tak sengaja, sembunyi atau dinyatakan..dan yang paling penting, bila berdoa tu, yakin yang Allah menerima taubat kita dan berjanji untuk tidak buat lagi..tak nak la buat dosa and then taubat, and yakin Allah terima tapi lepas tu buat lagi sebab katanya ala, takpe..nanti balik aku taubat laa..lagipun Allah tu Maha Pemaaf. Memang betul Allah tu Pemaaf, tapi kita jangan sesekali berfikiran macam tu kerana itu tandanya kita tak ikhlas dan tak hormat pada diri sendiri..kita mainkan Tuhan..
 
 
 
 
  • Rajin-rajinkan diri untuk membaca al-Quran, kitab-kitab atau buku-buku agama..Apa yang kita nak jadi in 5 years time adalah dicorakkan oleh buku apa yang kita baca dan amalan yang kita ada. Kalau kita banyak baca majalah-majalah gosip, in 5 years time kita pun akan jadi kaki gosip, tapi kalau kita sentiasa berjinak-jinak dengan buku-buku agama, InsyaAllah kita akan sentiasa kuat dari segi rohani dan jasmani. Ingat, rohani kita juga memerlukan makanan agar diri sentiasa tenang dan yakin.
 
 
 
  • Sentiasa membiasakan diri dengan berzikir..contohnya selawat ataupun istighfar. Istighfar ini tujuannya adalah untuk membersihkan hati kita yang penuh dengan dosa tu. Setiap kali kita buat dosa, hati akan ada ditutup oleh bintik hitam. Makin banyak dosa, makin banyak bintik hitam tu. Macam orang merokok. Lagi lama dia merokok, lagi rosak hati dan paru-paru dia..makin sakit dan makin sakit..lama-lama mati. Sama la macam hati dan dosa..makin buat dosa, makin hati sakit, makin sakit dan mati. Jadi kalau kita tak sentiasa cuci hati, takut nanti kita hilang perasaan untuk membuat baik atau menjadi baik. Nauzubillah..takut sangat.
 
 
Tajuk ini agak panjang untuk dikongsi, so I akan sambung nanti okay? Tentang cara untuk membina keyakinan diri dengan diri sendiri dan dengan orang lain pulak..kang panjang sangat bosan nak membaca sekali gus..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar