Bosan? Pening kepala walaupun dah makan Panadol Actifast pun macam takde kesan terhadap kesakitan kepala, malah lebih teruk buat you rasa nak tidur macam bayi??..I'm talking about myself actually..hehehe
Jadi, disebabkan kita berada di landasan yang hampir serupa iaitu bosan tahap gaban boleh menangis, I have a surprise for you which might cheer you up. Because it cheered me up!! I watched this video for like three times and still laughed setiap kali tengok seolah-olah macam baru pertama kali tengok. Ha, dasyat gile kan penangan video ni. Mahu tahu lebih lanjut? Sila klik pada video tersebut. Serious nanti mesti nak tengok lagi. Confirm!
Cute and kelakar kan? Ape? Tak kelakar? Cis, tiada sense of humor betul la you ni..T__T
Aduh, boleh pulak la semuanya lenggok sama je, langsung pergerakan tu takde yang terlambat atau tercepat kan. Mula ingatkan tiga ekor je, sekali yang si kecik kiut miut tu pun nak jugak join. Hahahaha..aduhai..comey sungguh.
Tapi kan, lepas tengok ni serious rasa macam nak try kat Putri, my cat. Tapi my Putri ini suka tidur bawah katil je tak nak keluar. Kalau main tali-tali pun die main sekejap aje pastu bosan. Hampeh betul. Kucing pemalas yang langsung tiada perasaan untuk exercise dan menjaga badan. Nasib baik badan tak gemuk sangat. Makan pun malas. Semua benda malas, yang rajin tidur je.
Kalau tak panggil 'Putri, meh bangun makan sambil goncang goncang tong makanan dia'..kau jangan harap la dia nak bangun. Dah tu bangun pun lembap tak boleh harsh sangat kejut dia kang merajuk tak nak keluar dari katil. Pastu kalau masa tu dia tengah period, dia akan keluarkan kuku harimau dia tu dan tunjuk belang pada tuan yang hanya mahu suruh dia makan itu.
Ini lah padahnya kalau kejut Putri dari tidur tanpa sifat lemah lembut seperti seorang ibu penyayang
Sungguh sadis. Pastu terus tuan dia membebel pada Putri dengan harapan Putri simpati tapi sekali lagi, jangan harap la dia nak simpati. Ni apsal tuan dia nak emosi terganggu pasal Putri pulak ni. Ni mesti sebab didik tak betul. Masa kecik tak suruh Putri lompat-lompat atau ajar main lumba lari. Takpelah, nanti kot boleh cari adik untuk Putri pastu train untuk jadi jaguh peringkat dunia kategori kucing comel T__T
Okay, Bye!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar