Fuiyo, lama giler tak update blog. Sorry sangat. I'm a bit busy at the moment..extremely busy to be exact with. Anyhow, semalam sambil tunggu kereta di isi minyak, seorang remaja perempuan berpakaian kurung dan bertudung datang sambil meminta bantuan sekolah.
Selalunya kalau terserempak dengan budak-budak meminta sedekah ini, ayat yang digunakan lebih kurang sama, macam dialog khas yang diberi untuk dihafal. Ayat budak perempuan semalam berbunyi begini "Assalamualaikum kak, saya dari sekolah agama sekian-sekian ada menjual kalendar Islam, kismis, ubat yang berharga rm10"...dan bila tiada respon yang diberi, mereka akan terus menyambung ayat tersebut dengan "Kami juga mengharapkan sumbangan ikhlas dari akak untuk sekolah kami"...
Scenario budak-budak dijadikan alat untuk meminta sedekah dah macam global scenario in developing countries. Yang menyedihkan itu bila orang dewasa atau cikgu-cikgu mereka yang takde hati perut suruh budak-budak tu kutip derma. Dah la bagi pakai dengan songkok and baju melayu kemas, untuk menandakan bahawa mereka ini dari sekolah beragama. Aduh, sedih betul. Seolah-olah macam orang Islam ni memang suka meminta-minta. Tak baik la. Bukan sekadar exploit budak-budak, tapi agama juga.
Kalau dulu ada budak-budak ini minta sedekah, I jarang bagi sumbangan sebab dalam hati geram sebab berpendapat yang those money takkan dapat punya kat budak-budak tu, tapi mesti dapat kat cikgu diorang. Kira macam I pun berhati busuk la sebenarnya. Tapi, ada sekali ni, masa dengan emak, ada seorang peminta sedekah datang minta sedekah. Tanpa ragu-ragu atau berfikir panjang, emak terus bagi sedikit sumbangan. So I asked her, "mak, kenapa bagi? Entah-entah dah berlambak dah duit dia kumpul hari ini. Entah-entah dia tak la miskin sangat. Entah-entah dia tak buta pun. Entah-entah duit tu nanti tak dapat pun kat dia. Entah-entah itu sindiket.." Banyak benor ha entah-entah yang busuk yang selama ni terbuku di dalam hati yang telah berjaya dikeluarkan.
Emak jawab simple ajer, " Kita bagi kerana Allah Taala, niat tu kena betul. Hak kita adalah memberi dan menolong mana yang termampu, selebihnya apa yang diorang nak buat dengan duit tu, samada diorang tipu ke tak, itu dah bukan hak kita untuk ambil tahu. Lagipun Allah suka pada hamba yang suka memberi"
Jawapan emak made me think, and it slowly changed my perception on beggars, be it a Muslim or not. Sebab emak cakap, Islam ini indah. Islam tidak pernah melarang kita untuk membantu mereka dari agama lain,selagi ia tidak bercanggah dengan akidah kita. Selagi mampu, kita tolong. Even semasa zaman Rasulullah, baginda ada menziarahi kematian one of the Jews. Maksud yang ingin disampaikan ialah Rasulullah sendiri menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Jadi, mari mencontohi budi pekerti baginda s.a.w.
The thing yang kita perlu faham adalah kita digalakkan untuk membantu selagi mampu. Niat perlu ikhlas, jangan mengharapkan pujian. Terus dari boleh dapat pahala tak dapat sebab ada unsur riak. Bila kita selalu atau kerap bersedekah, sebenarnya ia mendidik hati dan jiwa kita agar sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan segala kurniaanNya. Kalau nak ikutkan cukup, tak ade apa pun yang cukup. Orang yang dah kaya masih fikir macam mana nak lagi kaya, yang tak berapa kaya nak jadi kaya. Macam tu la kitaran hidup ini. Manusia tak kan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mesti nak lebih. Dah tu bila dapat lebih riak dan kedekut kemain. Nauzubillah. Mintak simpang dari sifat begitu.
Kadang-kadang ada some of us yang perception dia, kalau sedekah takut duit habis. Ya, itu perception mereka yang kurang faham tentang keindahan Islam. Mungkin secara mata kasar duit tu kurang. Tapi alahai, kurang seringgit dua je pun. Beli iced lemon tea, crisps, sweets tu boleh pulak tak berkira. Makan sedap kat Kenny Rogers, Nandos, Manhattan Fish Market tu boleh pulak kan tak berkira. Alasan yang diberi, oh perut sendiri takpe bermewah-mewah sikit...Ade je alasan kan. Tapi sebenarnya pahala mereka yang meringankan beban saudara Islam yang memerlukan adalah lebih lumayan dari wang ringgit. Sebab nanti bila mati pun, duit tak boleh masuk kubur. Yang hanya akan dihitung bila dah takde nanti adalah anak-anak yang soleh, amalan dan ilmu yang ditinggalkan.
Jadi mari kita bersama-sama memupuk rasa rendah diri, membunuh segala rasa kedekut, bongkak, bakhil, rasa duit habis kalau sedekah seringgit dan lain-lain perasaan yang kurang enak sempena Maulidul Rasul ini. Mari kita buka lembaran baru yang lebih indah sebagai perhiasan di akhirat kelak. Hidup ni sekejap jer, tak tahu bila akan pergi. Mungkin masa usia muda ni, tak semestinya tua kan. Hanya Allah sahaja yang arif tentang hal tu.
Oh yeah, and untuk menceriakan hari I semalam, I got a bouquet of turquoise roses from my sister. She had just got back from Cameron Highlands and she got me roses and fruits.Yeayy!! T__T. Eh, titik tu macam seolah-olah ada tahi lalat je kat pipi smiley tu kan.
Bunga sudah hampir layu la walaupun baru sehari. I masukkan dalam air yang berisi panadol. Kasi dadah sikit kat bunga ni. Panadol sebenarnya bagi bunga ni fresh la sepatutnya, tapi bunga I dah macam hidup segan mati tak mahu ni ape citer. Too strong kot sebab I bagi Panadol Actifast ^__^
Bagi la tiga kotak pun, confirm akan habis punya! Makan macam biawak kelaparan.
Ini belum dibedah siasat lagi..Sebenarnya ini adalah jambu yang telah diawetkan menjadi jambu ayam, eh asam.Sesuai untuk ibu-ibu mengandung
Tidak ada komentar:
Posting Komentar